Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa hartawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low dan sekutunya Eric Tan membelanjakan AS$200 juta untuk membeli kemas.

Walaupun DOJ tidak senaraikan semua pembelian yang didakwa itu, ia bagaimanapun mendakwa bahawa Low sahaja membelanjakan sekurang-kurangnya AS$9.9 juta untuk barang kemas untuk model Australia, Miranda Kerr serta untuk ibunya sendiri.

Low juga didakwa membelanjakan AS$28.6 juta untuk barang kemas untuk isteri Malaysian Official 1.

Menurut DOJ, pembelian pertama yang direkodkan oleh ahli perniagaan itu yang didakwa menggunakan wang yang berkaitan dengan 1MDB bermula sejak 2012 apabila dia membeli cincin berlian dan padanan anting-anting berlian untuk ibunya.

Bersama-sama dengan cincin pertunangan dengan "wanita yang tidak dikenali", jumlah bil Low untuk barang kemas dari Lorraine Schwartz ialah AS$2.84 juta.

Pada 5 Disember 2012, Low didakwa membayarnya menggunakan sebahagian daripada AS$1.367 bilion yang didakwa disalahgunakan dari 1MDB dalam apa yang DOJ gambarkan sebagai fasa Aabar BVI.

Ini meningkat kepada 40 peratus daripada hasil yang diperoleh melalui dua tawaran bon, didakwa telah dipindahkan kepada entiti British Virgin Islands yang dipanggil Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI).

Aabar BVI adalah salah satu daripada beberapa syarikat yang didakwa diwujudkan untuk memberi gambaran palsu bahawa ia adalah anak syarikat Abu Dhabi International Petroleum Investment Co (IPIC).

Wang untuk membayar barang kemas ibu Low ibu telah melalui Good Star Limited serta akaun bapa ahli perniagaan itu di Singapura.

Apabila pegawai Bank Singapura (BSI) bertanya tentang pemindahan itu kepada bapanya, Low menjelaskan bahawa ia adalah sebahagian daripada "tradisi keluarga" untuk memberi kepada ibu bapa hasil "penjanaan kekayaan yang baik."