Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersedia berhadapan dengan saman fitnah yang difailkan oleh anggota parlimen Subang R Sivarasa.

Ia berhubung komen Tengku Adnan mengenai lawatan masjid yang cukup kontroversi oleh pemimpin PKR itu.

"Saya tunggu sajalah dia nak saman. Saman sajalah, nak buat macam mana.

"Kita akan lawanlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Nur Ramadan di Masjid Ar-Rahah Kerinchi malam tadi.

Semalam, Sivarasa memulakan saman fitnah terhadap Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma Daim & Gamany pada Selasa lalu.

Sivarasa dalam kenyataan hari ini berkata, komen Ku Nan terhdapnya adalah palsu dan berniat jahat.

Menteri itu mendakwa Sivarasa berceramah politik semasa membuat lawatan ke masjid, suatu perbuatan yang dilarang di Selangor.

Lawatan Sivarasa ke Masjid An-Nur pada 24 Mei yang lalu menimbulkan kekecohan dan mencetuskan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau seterusnya memohon maaf kepada sultan Selangor dalam surat yang menerangkan apa yang sebenarnya berlaku semasa program tersebut.

"Dalam surat itu, saya telah menjelaskan kepada Sultan bahawa saya hanya memberi ucapan ringkas, bukan berceramah atau ucapan politik," kata Sivarasa.