Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berharap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berada lama sebagai Presiden FAM.

Dalam posting di Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Tun Aminah berkata lebih baik menyumbang dan berkhidmat di mana Tunku Ismail dihargai dan disayangi.

"Saya berharap DYAM Tunku Mahkota Johor tidak berada lama sangat sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Lebih baik menyumbang dan berkhidmat di mana anda dihargai dan disayangi.

"Tidak usahlah berada disana terlalu lama dan lebih baik pulang daripada berada di tempat yang anda tidak dihargai," kata Tunku Tun Aminah.

Katanya lagi, beliau mahu TMJ membawa JDT ke tahap yang lebih tinggi walaupun kelab itu telah berada di tahap tinggi.

"Walaupun JDT telah berada di tahap yang tinggi, bawalah JDT ke tahap yang lebih tinggi lagi dan berikan tumpuan kepada negeri Johor yang lebih menghargai dan menyayangi anda," katanya lagi.