Surprise Me!

Tun M cabar Rosmah saman DOJ

2017-06-19 5,968 Dailymotion

Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat jika beranggapan dirinya difitnah.

DOJ memfailkan saman pada Khamis lalu, yang berkata isteri "Malaysian Official 1" menerima berlian bernilai AS$ 22 juta daripada individu berkaitan 1MDB, Jho Low, yang didakwa membelinya menggunakan dana yang diselewengkan.

Menurut pemfailan DOJ, Low membeli kira-kira AS$ 30 juta nilai barangan kemas untuk isteri MO1 dengan dana yang dicuri daripada 1MDB.

Pada Sabtu lalu, Rosmah mengarahkan peguamnya untuk memantau media sosial berkaitan "serangan dan tuduhan palsu" terhadap beliau.

Menurut kenyataan firma undang-undang NoorHajran Mohd Noor, peguam mereka "memantau semua catatan dalam mana-mana platform media sosial dan sebarang bentuk penerbitan lain berkaitan serangan palsu dan berniat jahat" terhadap anak guamnya itu.

NoorHajran Mohd Noor berkata, mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan undang-undang tanpa sebarang notis.

Buy Now on CodeCanyon