Sekurang-kurangnya empat orang awam dikhuatiri maut selepas gelombang tsunami melanda di pantai barat Greenland, pada malam Sabtu lalu.

Kejadian itu berlaku selepas gempa bumi berukuran 4.1 skala Richter menggegar kawasan utara di perkampungan Nuugaatsiaq.

Berdasarkan laporan media tempatan, seramai 39 penduduk terpaksa dipindahkan selepas tsunami melanda di kawasan sekitar.

Video tersebut dirakam seorang penduduk tempatan memaparkan dia berlari setelah melihat ombak setinggi 4 meter menghampiri ke pantai.

Beberapa kerosakan dikenal pasti.