Dengan bekas pemimpin pembangkang yang terpenjara Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada lagi dalam senarai calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN), persoalan mengenai pengganti beliau nampaknya terus dibangkitkan.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun menegaskan, fokus HARAPAN kini harus ditumpukan kepada usaha bagi memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Kita mesti menang terlebih dahulu sebelum bercakap tentang perdana menteri," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

"Sesiapa jua boleh menjadi perdana menteri, walaupun anda (wartawan) boleh jadi perdana menteri," katanya sebagai menjawab pertanyaan yang berulang kali mengenai perbincangan HARAPAN mengenai calon perdana menteri.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Penerangan AMANAH, Khalid Samad yang menegaskan bahawa Anwar juga mahu pakatan itu menumpukan seluruh perhatian untuk menawan Putrajaya.

"Saya fikir sebab utama Anwar umumkan beliau tidak akan menawarkan dirinya sebagai calon perdana menteri adalah supaya perbincangan (calon perdana menteri HARAPAN) tidak perlu dibuat sekarang," jelasnya.