Surprise Me!

K'jaan teliti perluas mahkamah khas jenayah seks kanak-kanak

2017-06-22 148 Dailymotion

Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperluaskan mahkamah khas bagi menangani kes-kes melibatkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak di Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa inisiatif ini akan diperluas secara berperingkat ke semua negeri di Malaysia.

Najib hari ini berucap pada majlis pelancaran mahkamah khas pertama bagi jenayah seksual terhadap kanak-kanak di Istana Keadilan di Putrajaya.

"Mengenai (keperluan) untuk mahkamah yang sama, kami sedang melihat di Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

"Itu adalah negeri yang akan mendaftarkan banyak kes. Kami berharap beberapa mahkamah penting yang diperlukan disebabkan oleh jumlah (kes), dapat ditubuhkan pada tahun ini; jika tidak, kami menyasarkan awal tahun depan," Azalina berkata dalam sidang media selepas pelancaran mahkamah khas itu hari ini.

Penubuhan mahkamah itu adalah selaras dengan rang undang-undang kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang telah diluluskan di parlimen April lalu.

Buy Now on CodeCanyon