Surprise Me!

‘Wang tunai sehingga RM50,000 jika tinggalkan BERSATU’

2017-06-22 2,313 Dailymotion

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa anggota Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ditawarkan habuan antara RM10,000 hingga RM50,000 sekiranya mereka sanggup meninggalkan parti itu.

Menurut bekas perdana menteri yang telah memerintah negara selama 22 tahun itu "Mereka yang menerima RM50,000 dipaksa menandatangani dokumen yang menghendaki mereka mengundi BN''

"Perjanjian juga telah dibuat bahawa mereka akan dapat lebih banyak wang ringgit dan barangan apabila pilihan raya berlangsung kelak, dakwa pengerusi BERSATU itu melalui catatan terbaru di blog Chedet.

Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengasaskan BERSATU tahun lalu dengan tujuan mencabar Umno bagi mendapatkan undi orang Melayu.

Buy Now on CodeCanyon