Peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali dengan Siti Kasim telah didakwa atas kesalahan menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugas awam hari ini di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Namun Siti dibenarkan diikat jamin dengan membayar RM3,000 hari ini.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid mengarahkannya kembali untuk sebutan kes pada 22 Ogos.

"Hari ini, pelanggan saya Siti Kasim telah didakwa mengikut Seksyen 189 Kanun Keseksaan," kata peguamnya, Roger Chan di luar mahkamah.

Seksyen 186 Kanun Keseksaan menyebut "menghalang pembantu awam dalam melaksanakan tugas awamnya". Dia boleh berdepan dua tahun penjara maksimum atau denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif berhujah Siti dengan sengaja menghalang pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dari menyerbu acara Majlis Makan Malam Penggalangan Dana anjuran wanita transgender pada April lalu, dengan alasan tidak ada waran yang membenarkan.

Acara transgender yang dipersoalkan pada April 2016 itu diadakan di Hotel Renaissance Kuala Lumpur, telah diserbu dua setengah jam selepas ia dimulakan oleh Jawi.