Ketika negara masih dikejutkan dengan berita pembunuhan remaja T Nhaveen dan Zulfarhan Osman, kini muncul pula video sekumpulan pelajar yang kelihatan mabuk menjadi tular di media sosial.

Klip video selama dua minit setengah itu pertama kali dimuat naik di laman Facebook Tamiliar Kural petang Khamis lalu, yang menunjukkan sekurang-kurangnya lapan pelajar lelaki melepak dalam sebuah pondok di kawasan terpencil.

Tidak diketahui di mana kejadian itu berlaku.

Salah seorang remaja dalam rakaman itu dilihat berdiri terhuyung hayang kerana kemungkinan mabuk, sementara dua lagi teman cuba memapahnya.

Remaja-remaja lelaki yang merekodkan rakaman itu di telefon bimbit didengar bercakap dalam bahasa Tamil, meminta remaja yang sedang mabuk itu menari.

Dia juga didengar mendesak remaja-remaja lelaki lain memberikan remaja yang sedang menari terhuyung hayang itu sebotol arak.

Adalah dipercayai pelajar-pelajar berkenaan yang masih berpakaian seragam sekolah, ponteng sekolah kerana salah seorang daripada mereka menyebut waktu itu adalah pukul 10 pagi.

Pada masa artikel ini ditulis, video itu mendapat lebih 26,000 tontonan dan 855 perkongsian.

Mereka yang memberikan komen sebulat suara mengecam perbuatan remaja lelaki itu dengan beberapa orang mendesak pihak polis mengambil tindakan.