Parti Generasi Baru membatalkan hasratnya untuk menyertai Pakatan Harapan sehinggalah isu-isu yang dikatakan melanda kepimpinan gabungan pembangkang itu selesai.

Dalam satu kenyataan, Majlis Tertinggi parti itu menggambarkan mereka tidak selesa dengan peranan Pertubuhan Pribumi Melayu Bersatu (BERSATU) dalam gabungan empat parti itu.

Parti Generasi Baru sebelum ini sedang cuba dijenamakan semula sebagai Parti Bebas Rasuah (PBR) oleh bekas senator Ezam Mohd Noor yang sebelum itu memohon menyertai BERSATU selepas keluar BN.

Parti Generasi Baru juga berpendapat, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali adalah calon perdana menteri terbaik untuk HARAPAN dan mencadangkan ia diumumkan segera.

Parti itu berkata bukan sahaja “kecemerlangan” meneraju Selangor dijadikan sandaran, Azmin juga calon paling kanan dan paling sesuai berdasarkan senario semasa politik tanah air.

Sementara itu, MT parti itu juga mendakwa mendapat “berita dari sumber yang sahih” berkaitan pakatan sebilangan pemimpin tertinggi BERSATU dengan pemimpin Umno, termasuk menteri besar dan menteri kabinet.

Mereka mendakwa golongan itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan jika menyertai BERSATU jika HARAPAN menang dalam pilihan raya.