Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia akan menjadi sebuah negara miskin dan kurang berdaya saing sekiranya menolak pelaburan dari negara luar.

Malah, Najib turut berkata, terdapat pihak yang bersikap perkauman sebelum ini menyuarakan kebimbangan sekiranya negara menerima pelabur dari luar.

"Jika anda yang buta ekonomi, menolak pelaburan asing tanpa alasan dan kadangkala mengamalkan perkauman, ia akan membawa kepada negara Malaysia yang miskin dan kemerosotan daya saing.

"Terdapat sesetengah pihak yang masih lagi terperangkap dengan cara lama dalam berfikir, yang takut dengan pelabur luar- yang akan membuatkan negara hilang kedaulatan.

"Biar saya beritahu anda, yang ia tidak akan berlaku di bawah pemerhatian saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Holding Group (ZGH) di ibu negara hari ini.