Sebuah Pesawat AirAsia milik Malaysia yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur, semalam terpaksa berpatah balik ke Australia berikutan masalah teknikal. <br /> <br />Laporan AFP yang memetik seorang penumpang sebagai berkata, beliau mendengar bunyi kuat dan pesawat itu bergegar seperti sebuah mesin basuh. <br /> <br />Pesawat Airbus A330 dari Perth itu mula dikesan mengalami masalah berkenaan kira-kira 90 minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.