Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan laporan agensi berita Jepun bahawa Malaysia telah menghentikan pengeluaran permit kerja untuk warga Korea Utara. <br /> <br />Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata tiada sebarang arahan dikeluarkan berhubung perkara itu. <br /> <br />"Berita itu adalah tidak benar dan tiada sebarang arahan dikeluarkan," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi timbalan perdana menteri, Sri Satria, hari ini.
