Satu rakaman video yang dirakamkan oleh orang ramai menjadi viral di media sosial kerana memaparkan seekor buaya membawa mayat ke tebing sebatang sungai disini.

Difahamkan, video itu dirakam oleh orang ramai di Bitan Lempake, Kabupaten Berau.

Menurut Tribun News, mangsa yang bernama Syarifuddin itu adalah warga setempat.

Mangsa dilaporkan hilang pada Selasa malam dan ditemui hari ini ketika operasi mencari dilakukan oleh polis dan juga warga setempat.

Ketika ditemui oleh pencari, mayat mangsa dilihat sedang diseret oleh buaya dan perkara itu disahkan oleh polis Talisayan, Iptu Faisal Hamid yang berkata: "Mangsa ditemukan dalam keadaan sudah meninggal dunia."

Kata Faisal lagi, mangsa meninggal dunia akibat diterkam oleh buaya ketika mandi bersama rakannya yang bernama Abdullah.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan penemuan sejumlah luka gigitan dan cakaran di badan mangsa.

"Ya benar, akibat terkaman buaya," kata Faisal.

Dalam video tersebut, orang ramai kedengaran menjerit kepada buaya agar melepas mayat mangsa.

Turut juga kedengaran suara seorang lelaki yang menyuruh orang ramai membaling batu serta kayu supaya buaya terbabit melepaskan mayat mangsa yang dibawanya itu.