Rakaman seorang lelaki yang sedang sembahyang tiba-tiba disepak oleh seorang askar Israel mencetus kemarahan ramai.

Rakaman itu diambil ketika pertempuran yang berlaku di luar kawasan Masjid Al-Aqsa terbitan stesen TV antarabangsa Al Jazeera pada Jumaat susulan tindakan Israel tidak membenarkan orang Islam berumur dibawah 50 tahun menunaikan solat di dalam Masjid Al-Aqsa.

Sedutan rakaman tersebut mencetuskan kemarahan netizen seluruh dunia tidak ketinggalan di negara kita.

Rata-rata komen netizen mengutuk perbuatan biadap askar tersebut.

Dalam pada itu Al Jazeera melaprokan tiga maut dalam pertempuran antara waraga Palestin dan Israel dalam demonstrasi tersebut.