Aksi sulung pemain muda Malaysia Akhyar Rashid ketika menentang pasukan Thailand pada aksi kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di China tahun 2018 mendapat pujian ramai.

Mana tidaknya, walaupun skuad B-22 tewas dalam perlawanan itu, Akhyar menjadi bualan peminat bola sepak Thailand kerana aksinya yang cukup luar biasa.

'Neymar Malaysia' itu gelaran yang diberikan media Thailand kepada anak muda berusia 18 tahun ini.

Akhyar membuat penampilan pertama ketika aksi bertemu Thailand dan turut bermain pada aksi bertemu pasukan Mongolia pada perlawanan seterusnya.