Dendam terlerai mungkin itu boleh di katakan buat perlawanan Johor Darul Ta'zim (JDT) bertemu Perak malam tadi pada aksi Liga Super 2017.

Jika pada Februari lalu Perak berjaya mengalahkan JDT 2-1 juga pada aksi Liga Super, malam tadi JDT membalas kekalahan tersebut dengan juga membenam Perak 2-1.

Pasukan pelawat, Perak membuka jaringan menerusi Hafiz Kamal pada lewat masa separuh masa pertama menerusi satu sepakan percuma mengelirukan.

Namun seawal minit separuh masa kedua JDT membalas jaringan tersebut menerusi keadaan kelam kabut di depan gawang Perak dan Fadhli Shas berjaya menjaringkan gol penyamaan.

Penyerang sensasi JDT Mohamad Ghaddar muncul wira JDT dengan gol kemenangan pada minit ke-59.

JDT terus kukuh di persada liga jauh meninggalkan pasukan lain dengan 45 mata berbanding 34 mata buat Kedah di tangga kedua.