Kajol Ajax Devgan, 'Ratu Bollywood', mahu berlakon dalam filem tempatan jika skripnya baik dan menarik.

Pelakon berusia 43 tahun itu sebagai pelakon beliau mementingkan naskah skrip untuk berlakon dalam sesuatu filem.

Beliau berkata begitu ketika promosi filem baharu lakonannya Velai Illa Pattadhari 2 (VIP2) versi Hindi di Jalan Masjid India di sini semalam.

Kajol turut melahirkan rasa terharunya dengan sambutan yang diberikan oleh kira-kira 2,000 peminatnya yang membanjiri kawasan itu sejak pukul 4 petang tadi untuk bertemu dengannya dan barisan pelakon filem tersebut.

Peminat yang merangkumi pelbagai bangsa bersorak sebaik sahaja Kajol dan Dhanush melangkah masuk ke kawasan tersebut.