Liga Indonesia dicemari dengan aksi penyokong 'merusuh' dengan membaling botol air ke dalam padang tanda tidak puas hati terhadap keputusan perlawanan dan kehabisan tiket perlawanan.

Pertemuan musuh tradisi Persib Bandung bertemu persija Jakarta berakhir dengan para penyokong Persib yang digelar 'bobotoh' melempar botol air mineral ke dalam padang sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan.

Selain itu terjadi juga pergaduhan di antara 'bobotoh' dan penyokong Persija yang dilaporkan media tempatan mengakibatkan kematian.

Pihak polis terpaksa mengiringi para pemain kedua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan dilindungi perisai bagi mengelakkan kecederaan akibat balingan botol.

Perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri 1-1.