Klip video selama satu minit 39 saat tular memaparkan sekumpulan pelajar perempuan menyerang dan memukul seorang pelajar perempuan, dipercayai berlaku di kawasan padang sebuah sekolah menengah di Kunak, Sabah.

Klip video itu tersebar di laman sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Mohd Nasarudin M Nasir berkata polis menerima laporan daripada ibu bapa pelajar berkenaan, sehari selepas kejadian.

Bagaimanapun, motif dan punca kejadian belum dapat dipastikan.

Kata Nasarudin, kejadian yang dipercayai berlaku pada Sabtu lalu sedang disiasat polis.