Satu penghormatan kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila FOXSPORT memberi ucapan tahniah kepada kelab tersebut.

Stesen gergasi sukan dunia itu dalam satu video yang dimuat naik di laman rasmi Facebook FOX SPORTS Asia mengucapkan tahniah menerusi satu video suntingan berdurasi 30 saat.

FOX SPORT menggelarkan JDT sebagai pencipta sejarah apabila merangkul kejuaraan Liga Super empat kali berturut-turut.

Video tersebut turut di muat naik di laman Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

JDT menjuarai Liga Super 2017 dengan 45 mata biarpun liga berbaki lagi tiga perlawanan.