13 orang disahkan terbunuh dan lebih 100 orang cedera dalam kejadian rempuhan van di kawasan tumpuan pelancong di Las Ramblas, Barcelona pada petang Khamis semalam.

Menteri Dalam Negeri Catalonia Joaquim Forn berkata pihak berkuasa sedang berusaha mendapatkan identiti semua mangsa terbabit.

Semalam sebuah van merempuh orang ramai di kawasan tumpuan pelancong di Las Ramblas, Barcelona.

Polis Catalonia menerusi Twitternya menyifatkan kejadian berkenaan sebagai serangan pengganas.