Skuad Bawah 22 tahun Indonesia menewaskan pasukan Filipina 3-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kemenangan itu menghidupkan peluang Indonesia selepas seri pada perlawanan pertama bertemu Thailand sebelum ini.
Indonesia bermula garang dengan jaringan seawal minit ke-7 menerusi Septian David.

Muhammad Hargianto menambah derita Filipina dengan jaringan lewat separuh masa pertama sebelum Saddil Ramdani hadir dengan jaringan cantik pada minit ke-59.