Neymar terus membuktikan nilai pada tanda harganya adalah berpatutan dengan aksi beliau. Neymar menjaringkan dua gol dan melakukan 'asisst' untuk dua gol seterusnya.

Toulouse mengejutkan Paris Saint-Germain (PSG) pada minit ke-18 menerusi jaringan Max Gradel. Namun Neymar menyamakan kedudukan pada minit ke-31.

Selang empat minit kemudian Rabiot menjaringkan gol dengan bantuan Neymar dan seterusnya Cavani dan Di Maria terus membuat Toulouse ketinggalan.

Kurzawa menambah derita Toulouse sebelum Neymar menjaringkan gol keenam ketika masa kecederaan untuk melengkapkan kemenangan bergaya PSG 6-2.