Kemenangan Khairul Hafiz Jantan dinobatkan manusia terpantas Asia Tenggara selepas memenangi 100 meter di Stadium Nasional Bukit Jalil sememangnya menjadi bualan ramai.

Cerita indah Khairul Hafiz Jantan nampaknya disulami kisah lucu para jurugambar yang terpaksa mengejar kelibat beliau demi mendapatkan gambar tebaik.

Tumpuan netizen terarah kepada aksi ‘abang baju hijau’ yang bersungguh-sungguh berlari mendapatkan Khairul Hafiz hingga terpaksa 'mengalahkan' atlet tersebut mencuit hati para penonton.

Jurugambar agensi berita Bernama bernama Ahmad Iskandar Kamaruzaman itu tersengih walaupun terpaksa berlari sambil mengusung kamera untuk mendapatkan gambar Khairul Hafiz menerima respon positif daripada netizen.