Susulan aksi jurugambar Ahmad Iskandar Kamaruzaman mengejar dan memintas Khairul Hafiz Jantan menjadi tular di laman sosial sejak malam tadi.

Jurukamera agensi Bernama itu memberitahu beliau hanya memikirkan untuk mendapatkan Khairul Hafiz Jantan dan tidak memikirkan perkara lain.

"Masa itu saya dah tak boleh fikir,beban kamera, telefon jatuh atau apa sahaja"

"Yang saya nampak hanya dia (Khairul Hafiz Jantan), saya tak fikir mana dia nak pergi dan selebihnya. Yang penting saya tak boleh 'miss'(terlepas) 'moment' (detik) ini"

Dengan membawa dua biji kamera yang menurut Ahmad seberat 12 hingga 15 kilogram, beliau mengakui tidak penat ketika berlari mengejar Khairul Hafiz Jantan.

Namun jelasnya apabila sudah selesai segalanya dan sedang duduk bersama jurukamera lain barulah ia merasai kepenatan daripada lariannya itu.