Thailand mengesahkan tiket ke final acara bola sepak Sukan SEA 2017 selepas menumpaskan Myanmar dengan kemenangan tips 1-0 dalam aksi separuh akhir di Stadium Majlis Perbandaran Selayang hari ini. <br /> <br />Gol dihasilkan Thailand muncul melalui tandukan deras, Chenrop Samphaodi yang gagal diselamatkan penjaga gol, Sann Sat Naing ketika bermain di masa tambahan separuh masa kedua. <br /> <br />Thailand akan menunggu di final sama ada siapa bakal ke perlawanan akhir di antara Malaysia dan Indonesia yang akan berentap malam ini.
