Arena bola sepak antarabangsa seakan tidak percaya apabila jurulatih Sepanyol, Julen Lopetegui menyenaraikan legenda David Villa dalam pasukan kebangsaan Sepanyol.

David Villa terakhir tampil bersama Sepanyol ketika 2014 dalam temasya Piala Dunia ketika berdepan Australia.

Nampaknya aksi cemerlang Villa di Amerika Syarikat membuatkan Lopetegui memanggil semula Villa untuk menyarung jersi La Furia Roja.

Villa telah membuat 97 penampilan dengan menjaringkan 59 gol untuk La Furia Roja.

Pada 34 tahun, Villa sedang menikmati prestasi terbaiknya di Amerika Syarikat bersama New York City, menyumbang 23 gol dalam 33 perlawanan musim ini untuk menduduki tempat kedua Eastern Conference.