Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) telah mengumumkan gol tercantik untuk EUFA 2016/2017.

Mario Mandzukic menepati ramalan memenangi anugerah itu dengan jaringan gunting ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2017.

Jaringan pemain Juventus dari Croatia itu bermula dari hantaran 'diagonal' Leonardo Bonucci ke Alex Sandro.

Selepas itu Gonzalo Higuain mendada hantaran Alex dan Mandzukic melakukan aksi akrobatik meledakkan gol cantik menerusi sepakan gunting buat Juventus pada minit ke 27.