Melaka tegang apabila dua pemain Malaysia dilayangkan kad merah dan penalti buat Hong Kong.

Pemain pertahanan Rizal Ghazali dilayangkan kad merah apabila masuk ke padang tanpa kebenaran pengadil selepas mendapatkan rawatan di luar padang.

Sejurus Rizal keluar padang, Hong Kong pula dihadiahkan sepakan penalti apabila Muhammad Akram Mahinan menjatuhkan pemain Hong Kong di dalam kotak penalti Malaysia.

Keputusan meragukan pengadil itu membuatkan para pemain Malaysia membuat bantahan dan Aidil telah menepis tangan pengadil ketika saling berhadapan.

Akibatnya beliau dilayangkan kad kuning kedua dan kad merah selepas itu sebelum diarah keluar padang.