Legenda bola sepak moden Ronaldo de Assis Moreira, atau lebih dikenali sebagai Ronaldinho membuka mulut mengenai pemain istimewa Jay-Jay Okocha.

Ramai tidak mengenali pemain ini, namun Jay-Jay Okocha adalah pemain terbaik yang pernah lahir dari benua Afrika setakat ini.
Legenda Nigeria ini cukup digeruni dengan skil pelik, luar biasa dan tentunya menarik.

Ronaldinho merupakan protege Okocha ketika beliau mula bermain di Paris Saint Germain (PSG).

Okocha banyak membantu gaya permainan legenda Brazil itu dan Ronaldinho dalam satu temuramah bersama Daily Post mengakui bahawa pemain berjersi no 10 paling beliau kagumi adalah Jay Jay Okocha.