Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad memberitahu bahawa segala wang yang digunakan untuk pembangunan ketika beliau menjadi perdana menteri adalah dari duit negara sendiri.

Ini kerana menurutnya, ketika itu Malaysia mempunyai cukup wang untuk digunakan buat pembangunan dan kos sara diri juga tidak tinggi.

Tambahnya lagi jika terpaksa meminjam sekalipun nilai pinjaman adalah sedikit sahaja.

Tun M berkata begitu dalam satu temubual eksklusif bersama rangkaian CNN Indonesia yang disiarkan di mana Youtube pada enam September lalu.