Filem pendek terbitan syarikat telekomunikasi Celcom bersempena Hari Malaysia tular di laman sosial dan menerima pujian netizen.

Kisah lima pelajar wanita yang nakal terdiri dari bangsa Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak ini cukup tinggi nilainya dalam membawa erti perpaduan sebenar.

Filem pendek ini dimuat naik di laman rasmi Facebook Celcom 13 jam lalu mendapat lebih 500,000 tontonan dan dikongsi hampir 10,000 pengguna Facebook.

Filem ini memecah premis perpaduan yang biasa hanya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India setiap kali dipaparkan dalam filem atau pun iklan.