Polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung seorang penunggang motosikal, yang melanggar seorang wanita ketika menyeberang jalan di lintasan pejalan kaki di George Town, pada Isnin lalu.

Memetik NST, dalam rakaman berdurasi 29 saat yang tular di media sosial itu, kejadian itu berlaku di luar kawasan sekolah rendah di Sungai Nibong.

Rakaman itu menunjukkan wanita terbabit, yang berpakaian putih, sedang melintas jalan sebelum tercampak akibat dilanggar motosikal yang ditunggang lelaki yang tidak dikenali.

Lelaki itu kemudian berhenti seketika sebelum melarikan diri.

Wanita itu kemudian bangun dan berjalan ke tepi, tanpa ditolong oleh sesiapa.

Berdasarkan kepada rakaman video terbabit, insiden itu berlaku pada 6.54 petang.

Rata-rata netizen mengecam tindakan penunggang motosikal itu yang bertindak melarikan diri, tanpa menolong wanita yang dilanggarnya.