Jerman yang juga juara bertahan menjamin tempat ke Piala Dunia 2018 di Russia selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Ireland Utara awal pagi tadi.

Juara dunia empat kali itu juga mengekalkan rekod tanpa kalah di laman lawan dalam kelayakan Piala Dunia.

Sebastian Rudy dan Sandro Wagner meledak gol pada babak pertama di Belfast manakala Joshua Kimmich menambah gol pada babak kedua.

Jerman merekodkan sembilan kemenangan daripada sembilan perlawanan dalam aksi kelayakan Kumpulan C peringkat Eropah.