Terpahat sejarah dan sensasi bola sepak dunia apabila Iceland layak ke Piala Dunia Russi 2018 selepas menewakan Kosovo 2-0.

Negara dengan populasi hanya sekitar 330,000 orang saja menjadikan Iceland negara terkecil di senarai 32 negara yang layak ke Piala Dunia 2018.

Beraksi di laman sendiri, 10 Oktober 2017 menjadi detik terindah bola sepak Iceland selepas wisel penamat paling 'merdu' ditiupkan.

Pemain meraikan kemenangan tersebut dengan pelukan diringi hujan lebat membasahi bumi Iceland. Warna warni letupan bunga api memecah bunyi di stadium yang sedia bergemuruh.

'Tepukan viking' menjadi puncak keraian untuk pasukan Iceland bersama penyokong yang menjadi saksi sejarah bola sepak Iceland paling indah.