Selepas beberapa bulan mendiamkan diri, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 38, hari ini tampil mengesahkan beliau sedang hamil empat bulan.

Berita itu dikongsi Siti dalam sidang media yang turut dihadiri keluarganya dan disiarkan melalui laman-laman sosial malam tadi sejurus selesai majlis kesyukuran doa selamat dan sembahyang hajat yang diadakan di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang.

“Alhamdulillah saya hamil empat bulan. Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa syukur dan gembira kerana Allah mengurniakan kurniaan yang terlalu agung ini selepas 11 tahun kami bersabar.

“Inilah juga sebab utama kenapa saya (sebelum ini) memilih untuk berehat, kerana kandungan dan bayi ini menjadi keutamaan saya,” katanya.

Dalam sidang media itu, Siti juga mengakui sebelum ini terpaksa menolak persembahan konsert dan program hiburan lain kerana ingin menumpukan perhatian pada keluarganya dan berharap pihak penganjur dapat memahami situasinya.