Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Ulisses Morais tidak menyalahkan pemain pertahanan JDT Hasbullah Abu Bakar meskipun pemain itu menjaringkan gol sendiri kepada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia malam semalam.

Hasbullah 'menghadiahkan' gol pendahuluan buat Perak pada minit ke-18 perlawanan ketika sedang mengasak penyerang The Boss Gaurus Zakuan Adha.

Morais juga menafikan rasa gemuruh adlah punca kepada pemain muda itu melakukan kesilapan tersebut seperti kenyataannya di laman Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers.

"Hasbullah merupakan seorang pemain yang sangat hebat dan profesional, sama juga seperti yang lain. Bagi kami, kesilapan itu bukan disebabkan kerana beliau sedang gemuruh".

Tambah Morais lagi beliau mengeluarkan Hasbullah dan menggantikannya dengan Fazly Mazlan adalah kerana pasukan JDT perlukan gol bukannya kerana kesilapan Hasbullah menjaringkan gol sendiri.