Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani menitiskan air mata tatkala pasukan negerinya berjaya kekal di Liga Super untuk tahun hadapan.

Ketika minit ke-81, Kelantan mendapat jaringan menerusi tandukan pemain gantian Alessandro Celin untuk mendahului Melaka 2-1.

Detik sebak Bibi sempat dirakam kamera dan jelas menunjukkan Bibi tunduk sambil tangannya mengesat matanya selepas jaringan itu.

Pengurus Desa Murni Batik Kota Bharu itu mengambil tampuk KAFA pada September lalu di saat Kelantan dalam krisis prestasi yang teruk.