Kumpulan penyokong kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Boys Of Straits (B.O.S) akan memberikan kejutan kepada pemain di stadiu pada aksi final Piala Malaysia 2017 nanti.

Jurucakap B.O.S, Farahin Johar berkata pada ruangan Arena Harian Metro bahawa 4,000 komrad B.O.S bakal menggegar Stadium Shah Alam empat November nanti.

Mereka datang dari 10 daerah di Johor dan satu kumpulan dari utara serta paling istimewa penyokong JDT dari Singapura.

Farihin berkata sebagai penyokong mereka berharap JDT dapat membawa pulang trofi yang kali terakhir dimenangi pada 1991.

Selain itu beliau turut berpesan buat penyokong JDT agar tidak melakukan provokasi dan menjaga nama baik pasukan dan pemilik kelab Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.