Sultan Ibrahim berkata baginda mempunyai hak meraikan kejuaraan JDT menjulang Piala Malaysia 2017.

TMJ berkata "Saya adalah Ismail Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan ia adalah hak mutlak saya untuk raikan bersama pasukan yang saya sayang dan rakyat-rakyat yang saya sayang".

Sebelum ini ketika di stadium TMJ tidak meraikan kejayaan JDT usai tamat perlawanan kerana TMJ juga adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tegas TMJ, untuk hari ini (semalam) "tiada orang boleh mempertikaikan atau mempersoalkan perkara itu".

Tunku Ismail berkata begitu pada Majlis Sambutan Kejuaraan Piala Malaysia di Dataran Bandaraya Johor Bahru malam tadi.