Kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim tidak dapat menahan emosinya ketika berucap di hadapan lebih kurang 3,000 penyokong JDT malam semalam.

Kejuaraan Piala Malaysia 2017 bersama JDT adalah kejuaran Piala Malaysia pertama buat dirinya sepanjang bergelar pemain bola sepak.

Ini membuatkan Safiq tidak dapat menahan rasa sebak ketika berucap tetapi rakan baiknya Amirul Hadi dan Pengendali JDT Ulisses Morais menenangkan beliau sambil rakan-rakan JDT serta penyokong bersorak memberikan sokongan kepada Safiq.

Safiq menyertai JDT pada 2013 merupakan watak penting pasukan setiap kali bermain di padang.

Safiq menegaskan bahawa beliau dan rakan-rakan lain di JDT masih 'dahagakan' kemenangan dan berharap JDT akan terus mencipta sejarah di masa akan datang.

Sepanjang bermain Safiq telah memenangi pelbagai kejuaraan antaranya, pingat emas Sukan Sea 2009, Piala Liga Super 2010,2014,2015,2016 dan 2017, Piala FA 2016, Piala AFC 2015.