Kerajaan negeri Johor mengumumkan imbuhan RM1 juta kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2017. <br /> <br />Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Exco Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor, Dato Mohammed Khalid Nordin lapor TV3 <br /> <br />Imbuhan tersebut adalah bagi menghargai segala kerja keras pemain dan pegawai pasukan dalam saingan Piala Malaysia musim ini.
