Pada satu perlawanan bola sepak di Ecuador, terjadi kisah yang agak 'lucu' apabila penjaga gol didakwa berlakon pengsan bagi mengelak di layangkan kad merah.

Penjaga gol Barcelona SC, Maximo Banguera telah melakukan terjahan keras kepada penyerang Atletico Nacional sebelum 'pengsan' selepas itu.

Pengadil menunggu dengan sabar dan mengarahkan pasukan medik masuk untuk merawat Maximo.

Setelah beberapa minit berlalu Maximo sedar selepas menerima rawatan namun pengadil lantas melayangkan kad merah buat Maximo.

Rakaman ini adalah perlawanan pada 2015 yang pernah menjadi tular dan sensasi dunia bola sepak kerana perbuatan Maximo.