Pertandingan bola sepak di Argentina terpaksa dihentikan sebentar apabila seekor anjing terlepas masuk ke padang dan merebut bola dari pemain.

Anjing tersebut berjaya mendapatkan bola dengan melakukan bentesan yang tipikal digelar 'straight red'.

Kebiasaannya pemain yang melakukan bentesan dari belakang seperti ini akan terus dilayangkan kad merah dan keluar padang selepas itu.

Namun buat anjing ini tiada kad merah tetapi ia tetap diarah keluar padang agar permainan dapat diteruskan.