Surprise Me!

Video pesawat TUDM mendarat cemas tanpa tayar

2017-11-20 6 Dailymotion

Pesawat angkut jenis C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas tanpa tayar semalam.

Pihak TUDM mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat tersebut mengalami kerosakan pada 'landing gear' yang memaksa juruterbang terpaksa berlegar-legar di ruang udara Labuan selama enam jam sebelum melakukan pendaratan.

Sementara itu, Panglima Tentera Udara, Jene­ral Tan Sri Affendi Buang berkata, juruterbang dan anak kapal telah melakukan pendaratan secara profesional dan kerosakan yang dialami pesawat didapati minimum.

Tambahnya siasatan sedang dibuat bagi mengenal pasti masalah teknikal yang menyebabkan kekaki pesawat di sebelah kanan tersekat dan gagal berfungsi.

Buy Now on CodeCanyon