Juara Liga Turki, Besiktas mencipta sensasi pada Kejuaraan Liga Juara Juara Eropah kali ini apaila mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati buat pertama kali.

Beraksi di laman sendiri, Besiktas bagaimanapun dikejutkan oleh gol pelawat menerusi jaringan Felipe.

Namun enggan menyerah kalah Besiktas berjaya menyamakan kedudukan pada lewat separuh masa pertama.

Keputusan seri berdepan Porto ini cukup membuatkan Besiktas muncul juara Kumpulan G dan layak ke peringkat kalah mati.

Kejayaan Besiktas diraikan pemain bersama puluhan ribu penyokong setia mereka yang hadir ke stadium menonton perlawanan tersebut.