Panel Persatuan Bolasepak (FA) England melepaskan Romelu Lukaku daripada hukuman penggantungan tiga perlawanan kerana menganggap tindakan menendang pertahanan Brighton & Hove Albion, Gaëtan Bong dalam aksi Liga Perdana Inggeris minggu lalu bukan kesalahan yang melayakkan penyerang Manchester United dilayangkan kad merah. <br /> <br />Panel yang dianggotai tiga bekas pengadil itu dikatakan gagal mencapai keputusan sebulat suara berhubung insiden tersebut selepas menyaksikan rakaman perlawanan yang menyaksikan United menang 1-0 di Old Trafford. <br /> <br />FA England sebelum ini diberitahu bahawa pengadil perlawanan serta pembantunya di garisan tepi padang tidak menyedari berlakunya insiden tersebut menyebabkan ia terpaksa dirujuk kepada panel yang menilainya secara bebas. -
