Dua belas set tren empat gerabak baru akan diperkenal sebagai sebahagian daripada projek pembesaran monorel RapidKL.<br /><br />Ia dijangka siap pada suku ketiga tahun depan, sekali gus menggandakan kapasiti semasa jajaran monorel.<br /><br />Pengarah Kumpulan Bahagian Pembangunan Infrastruktur Syarikat Prasarana Negara Berhad (prasarana) Amiruddin Ma'aris dalam satu kenyataan, set tren empat gerabak itu dijangka dihantar secara berperingkat mulai awal tahun depan.